JellyPages.com

Tuesday, 29 November 2016

WE ARE WHAT WE THINK!!


  • Cara kita berfikir akan mempengaruhi kelakuan dan tabiat kita..sedikit sebanyak akan mempengaruhi gerak geri melalui perbuatan
  • Cara berfikir yang secara berulang mempunyai pengaruh yang amat kuat terhadap diri kita sendiri
  • Setiap apa yang dikehendaki dan tertanam dalam fikiran kita,ianya akan menjadi seperti video yang dimainkan secara berulang-ulang
  • Kita tidak akan mendengarnya tetapi universal mendengar dengan jelas sekali melalui getaran semulajadi yang wujud dalam alam ini
  • Sekiranya kita hendak menjadi orang yang berjaya, kita hendaklah sentiasa menanam fikiran yang sentiasa positifπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

SENYUM

Kenapa Perlu Senyum????


Tersenyum adalah suatu tindakan yang paling mudah, paling sederhana, paling murah dan paling menyenangkan di dunia.
Seringkali kita melupakan tindakan ini dalam kehidupan kita sehari-hari. Mungkin sebab terlalu sibuk dengan kerja, tugasan, penat, xda mood, ataupun ada ulser kat bibir tu.. hehehe 😏
Para pembaca yang budiman,  berikut adalah 3 alasan mengapa anda harus banyak tersenyum :
1. Anda akan mendapatkan lebih banyak kebahagiaan
Cuba paksakan diri anda untuk tersenyum selama 30 saat mulai dari sekarang. Nampak pelik kan senyum2 sendiri. hahaa! tapi saya percaya bila anda senyum akan ada satu tindak balas dalam tubuh badan anda yang positif. Bila dalaman kita positif, luaran pun akan ikut serta positif dan anda akan merasakan kebahagiaan dalam senyuman.
2. Senyuman dapat merubah keadaan anda
Jika anda merasa putus asa, marah atau bosan, sebuah senyuman akan mengubah keadaan emosi anda menjadi lebih positif. Dan sebuah keadaan yang positif tidak hanya membuat hidup anda lebih menyenangkan tetapi juga membuka segala kemungkinan lain dalam pikiran anda. Anda akan melihat dunia dengan cara yang berbeza melalui lensa kebahagiaan. Dari situ anda dapat mulai membangun tindakan yang positif dan berinterasksi dengan lebih ramai orang.
3. Senyuman dapat mengubah keadaan orang lain
Jika anda berjalan ke dalam sebuah ruangan atau menuju ke sebuah kedai, sekolah, mahupun tempat awam dengan melemparkan senyuman di wajah anda kepada orang lain, ia akan membuatkan orang disekeliling turut tersenyum. Hal ini akan banyak membantu mencairkan setiap ketegangan atau kekakuan yang ada. Interaksi anda akan lebih terbuka, santai dan penuh dengan kegembiraan. Senyuman yang kita berikan kepada orang lain boleh membuatkan orang tersebut turut berfikiran positif dan mengubah mood orang tersebut daripada kepada tegang kepada lebih bertenang.
jom layan lagu senyum πŸ˜ŠπŸ˜‰πŸ˜ƒπŸ˜€

"BILA TIADA APA YANG KAMU DAPAT BAGIKAN KEPADA SESEORANG MAKA HADIAHKANLAH SENYUMAN MU, KERNA SENYUMAN ITU ADALAH SATU SEDEKAH"

MEMOTONG KUKU DENGAN BETUL

Memotong atau memendekkan kuku ialah membuang hujung kuku sama ada kuku tangan atau kaki sehingga rapat pada kulit di bawah kuku serta mencucinya. 


Kuku yang panjang melebihi kulit di bawah kuku akan menjadi tempat pembiakan kuman, bakteria dan virus. Hal ini kerana kuku selalunya digunakan untuk menggaru gatal, mengambil dan membuka sesuatu sehingga kekotoran terkumpul di celah kuku. 

Memotong kuku termasuk dalam perkara fitrah manusia. Ia tidak sepatutnya dibiarkan panjang dalam tempoh lama kerana melambangkan penampilan seseorang itu yang tidak bersih dan tidak terurus. 

Lebih penting ia perlu selalu dipotong supaya tidak menyerupai gelagat sesetengah orang kafir yang menyimpan kuku. Ini selaras dengan sabda : Nabi saw , maksudnya: " Sesiapa yang menyerupai suatu kaum , maka dia termasuk daripadanya." (Riwayat Ahmad) 

Hukum 

Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat, sebagaimana dinyatakan dalam hadis daripada Aisyah ra bermaksud : "Sepuluh perkara yang sebagai fitrah (sunnah) ; memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)..." (Riwayat Muslim) 



Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Hikmahnya ialal melambangkan kebersihan serta menghilangkan segala kotoran yang melekat atau terkumpul di celah kuku.


Cara Memotong Kuku

Sunat memotong kuku bermula  dari tangan kanan, kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.


Menurut Imam Nawawi , sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan kesekuruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelengkeng diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelengkeng sehinggalah ibu jari. 

Sementara kuku kaki , bermula kaki kanan daripada jari kelengkeng sehinggalah ibu , kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehingga kelengkeng. 

Harus seseorang memotong kukunya menggunakan gunting, pisau atau alat khas seperti pemoong kuku yang tidak mendatangkan mudarat. 

Selesai memotong kuku dianjurkan membasuh tangan. Ini kerana jika seseorang itu menggaru badan sebelum tangan dibasuh dibimbangi boleh mengakibatkan penyakit. 

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi, makruh memotong kuku menggunakan gigi kerana boleh mewarisi penyakit kusta. 



Waktu Potong Kuku 

Bila-bila masa diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak berbuat demikian . 

Menurut Imam Syafie , sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan solat junaat, sebagaimana disunatkan  mandi, bersugi, mengenakan haruman dan berpakaian kemas sebelum ke masjid. 
Bagi Ibnu Hajar ramimahullah sunat memotong kuku pada hari khamis atau pagi Jumaat atau pada hari Isnin . 

Perbuatan Lepas Potong Kuku 

Potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia juga termasuk anggota manusia . Dinyatakan dalam Fath al-Bari,Ibnu Umar ra menanam potongan kuku.

Saturday, 26 November 2016

DURIAN MERAH SABAH

Sapa tak kenal dengan durian merah.. Auch! nie la makanan kegemaran kalau kat sabah. Di kampung saya, kami ada kebun durian tau..hehee,  durian merah ada, durian putih pun ada . Tapi for me kalau pasal durian ni,yang warna merah ni juga lah pilihan hati. huhuuπŸ˜ƒ Nak story sikit la pasal durian merah ni, pada kebiasaannya pokok durian merah ni akan berbuah sekali diantara pada bulan 8, 9 atau bulan10. Tapi satu benda yang menarik tentang durian merah kat kebun kami, pokoknya akan berbuah dua kali setahun. Diantara bulan 8, 9 atau bulan10 dan pada bulan 12. So, kesimpulannya kat sini, memang makan kenyang la sama durian merah. hahaa πŸ˜†πŸ˜† Pokok durian merah ni, tak sama macam durian putih, kalau durian putih xpayah susah-susah nak jolok/kait pun pandai jatuh juga. Tapi beza pula dengan durian merah ni, kita kena jolok sendiri, kalau tak jolok, xdapat la makan. kan sayangg durian tu buruk kat pokok. hehee.. Sebenarnya, durian merah ni sedap dimakan bila kita jeruk kemudian tumis.. so, bagi yang nak rasa durian merah yang osemm ni, datang la sabah ✌✌✌